MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI OPERASI TRANSMISI AUTOMATIK MELALUI SMART AT OPERATION 2.0

Authors

  • Mohammad Hazrul Md Jori Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14963866

Keywords:

Operasi Transmisi Automatik Smart AT Operation Kolej Vokasional

Abstract

Pengajaran berasaskan amali merupakan pendekatan pengajaran yang sangat penting dalam sistem pengajian berasaskan TVET di Kolej Vokasional. Hal ini kerana, pendekatan pengajaran berasaskan amali ini merupakan pendedahan awal bagi pelajar di bengkel untuk memahami prosedur kerja yang betul sebelum terlibat dalam industri. Oleh hal yang demikian, kaedah intervensi yang besesuaian dengan pengajaran berasaskan amali adalah sangat penting dalam PdP bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan jauh dan seiring dengan kehendak industri. Bagi kursus sistem transmisi automatik, terdapat permasalahan dari segi kefahaman pelajar untuk memahami bagaimana transmisi itu beropearsi dengan betul. Oleh kerana kedudukan komponen seperti klac dan gear yang berada dalam kotak transmisi, pelajar sukar untuk menggambarkan bagaimana operasi gear beroperasi untuk menghasilkan kelajuan dan juga daya kilas. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar memahami operasi transmisi automatik melalui satu kaedah intervensi iaitu Smart AT Operation 2.0. Smart AT Operation 2.0 merupakan penambahbaikan intervensi kaedah 5 by 5 Speed yang telah dilaksanakan bagi kajian tindakan yang lepas. Smart AT Operation 2.0 merupakan sebuah paparan muka yang menggunakan powerpoint sebagai medium pengajaran untuk menjelaskan operasi klac dan gear secara simulasi dan interaktif. Untuk menguji keberkesanan Smart AT Operation 2.0 ini, instrumen yang digunakan adalah laporan amali 2 (sebagai ulangan). Seramai 17 orang pelajar terlibat sebagai peserta kajian untuk diberi bimbingan melalui intervensi ini. Secara keseluruhannya, intervensi Smart AT Operation 2.0 ini berjaya dan mencapai objektif kerana terdapat peningkatan markah pelajar dan bilangan pelajar yang kompeten cemerlang dan membantu para pelajar yang mengambil kursus sistem transmisi automatik di Kolej Vokasional untuk memahami operasi transmisi automatik dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohammad Hazrul Md Jori

    Kolej Vokasional Taiping, Perak

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI OPERASI TRANSMISI AUTOMATIK MELALUI SMART AT OPERATION 2.0. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 1-6. https://doi.org/10.5281/zenodo.14963866