MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PENDIDIKAN KHAS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MYBACA PKHAS BM TAHUN 2

Authors

  • Mohammad Arif Ab Samat Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14963906

Keywords:

Bahasa Melayu program pendidikan khas integrasi aplikasi Mybaca Pkhas Tahun 2 pembelajaran digital Dasar Pendidikan Digital

Abstract

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tahun dua Kelas Intelek Sekolah Kebangsaan Naka masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata bagi subjek Bahasa Melayu. Selain itu, murid kurang motivasi dan minat untuk belajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) biasa. MyBaca Pkhas BM Tahun 2 bertujuan membantu memudahkan murid belajar dan meningkatkan minat mereka terhadap pengajaran subjek Bahasa Melayu. Inovasi MyBaca Pkhas BM Tahun 2 ini bermula dengan pemerhatian dan ujian yang dilakukan oleh guru semasa di dalam kelas bagi membantu memudahkan kefahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu. Sebelum inovasi ini dijalankan semua murid mendapat markah di bawah 40% semasa ujian pentaksiran satu. Namun setelah diperkenalkan dengan inovasi ini ke semua murid kelas tahun dua Intelek berjaya mendapat markah 50% keatas dalam ujian pentaksiran dua. Aplikasi MyBaca Pkhas BM tahun 2 ini telah berjaya membantu murid pendidikan khas dalam menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka untuk subjek Bahasa Melayu tahun dua. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Play Store secara percuma dan murid boleh membaca dan membuat latihan yang ada dalam aplikasi ini pada bila-bila masa. Kajian ini membuktikan bahawa pendidikan berteraskan digital amat relevan dengan dasar pendidikan digital dan ianya juga terdapat dalam tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohammad Arif Ab Samat

    Sekolah Kebangsaan Naka, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PENDIDIKAN KHAS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MYBACA PKHAS BM TAHUN 2. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 7-12. https://doi.org/10.5281/zenodo.14963906