PENGUASAAN TERBITAN PERTAMA FUNGSI ALGEBRA MENGGUNAKAN CALCULUS BOARD DALAM KALANGAN 6 MURID TINGKATAN 5 SAINS ASASI

Authors

  • Muhamad Aizat Nordin Author
  • Sharifah Noor Anita Syed Jaafar Author
  • Siti Huzaifah Mohammad Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14963958

Keywords:

Murid Tingkatan 5 Sains Asasi Terbitan Pertama Fungsi Algebra Calculus Board

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kemahiran menyelesaikan soalan berkaitan terbitan pertama fungsi algebra menggunakan permainan ‘Calculus Board’. Topik yang terlibat ialah tajuk ‘Pembezaan’ dalam silibus matematik tambahan tingkatan 5. Masalah utama ialah murid sukar menguasai kemahiran terbitan pertama fungsi algebra dan lemah dalam menguasai konsep dan kemahiran congak. Sasaran kajian ini adalah 6 orang murid tingkatan 5 Sains Asasi. Kajian ini melibatkan penggunaan inovasi Calculus Board yang mengguna pakai konsep permainan dam ular. Kajian ini menggunakan Reka Bentuk Kajian Design Thinking iaitu empati, kenali masalah, pembentukan idea, prototaip dan fasa percubaan. Kaedah perbandingan iaitu praujian dan pascaujian dan soal selidik mengenai keberkesanan penggunaan Calculus Board telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian juga telah dianalisis dan dikaji secara kuantitatif. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 22 item menggunakan pengukuran skala likert. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah mencari purata setiap item. Dapatan kajian menunjukkan inovasi yang digunakan dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk memberi kefahaman yang jelas dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan terbitan pertama fungsi algebra.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Muhamad Aizat Nordin

     SMK Chanis, Pahang

  • Sharifah Noor Anita Syed Jaafar

    Politeknik Muadzam Shah, Pahang

  • Siti Huzaifah Mohammad

    Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

PENGUASAAN TERBITAN PERTAMA FUNGSI ALGEBRA MENGGUNAKAN CALCULUS BOARD DALAM KALANGAN 6 MURID TINGKATAN 5 SAINS ASASI. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 13-18. https://doi.org/10.5281/zenodo.14963958