MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH BERAYAT MATEMATIK OPERASI TOLAK TAHUN 4 MENGGUNAKAN KAEDAH MODEL BAR

Authors

  • Yogalingam Subramaniam Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14969557

Keywords:

Model Bar penyelesaian masalah berayat matematik operasi tolak SJKT

Abstract

Kemahiran menyelesaikan masalah berayat matematik dalam operasi tolak adalah sangat penting bagi murid sekolah rendah. Namun, murid sering menghadapi masalah untuk memahami dan seterusnya menyelesaikan masalah berayat matematik khususnya dalam operasi tolak. Kaedah Model Bar telah terbukti sebagai alat yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah berayat matematik dalam operasi tolak dengan menggunakan kaedah Model Bar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan responden seramai 3 orang murid tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Kuala Muda. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan ujian formatif, analisis dokumen dan pemerhatian yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Model Bar telah meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah ayat matematik dalam operasi tolak dan murid-murid juga berasa lebih yakin. Kesimpulannya, penggunaan model Bar mampu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat matematik khususnya dalam operasi tolak di sekolah rendah. Kajian ini mencadangkan agar guru menggunakan model Bar dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk membantu murid menjadi lebih mahir dalam penyelesaian masalah operasi tolak dalam ayat matematik. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Yogalingam Subramaniam

    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lubok Segintah, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH BERAYAT MATEMATIK OPERASI TOLAK TAHUN 4 MENGGUNAKAN KAEDAH MODEL BAR. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 30-39. https://doi.org/10.5281/zenodo.14969557