PERTANDINGAN ProMos MENARIK MINAT MURID SMK AMAN JAYA TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

Authors

  • Seylvili A/P Angiah Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14969590

Keywords:

Projek Model Sejarah (ProMoS) Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Abstract

Pertandingan ProMoS (Projek Model Sejarah) merupakan intervensi meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) tingkatan 1, 2 dan 3 serta meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di SMK Aman Jaya. ProMos merupakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Intervensi ini dapat membantu guru menyelesaikan masalah menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah terutama dari aspek kemahiran mengingat fakta Sejarah. Panitia Sejarah berkolaboratif bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan (PPDKMY) dengan menganjurkan Pertandingan ProMoS. Pertandingan ini turut disertai oleh 6 buah sekolah di sekitar Bandar Sungai Petani. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan penyertaan murid SMK Aman Jaya meningkat berbanding tahun 2022 iaitu daripada 140 murid kepada 329 pada tahun 2023. 329 murid yang terdiri daripada 33 kumpulan telah bertanding dengan menghasilkan folio dan replika Sejarah. Selain itu, Pertandingan ProMoS turut berjaya meningkatkan prestasi murid dalam PBD iaitu berlaku peningkatan mencapai tahap penguasaan 5 dan 6 berbanding tahun sebelumya. Kajian telah menyediakan alternatif kaedah pengajaran untuk membantu guru dalam proses pengajaran mata pelajaran Sejarah serta menentukan hala tuju Panitia Sejarah dalam mencapai ETR.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Seylvili A/P Angiah

    SMK Aman Jaya, Kedah Darul Aman

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

PERTANDINGAN ProMos MENARIK MINAT MURID SMK AMAN JAYA TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 40-45. https://doi.org/10.5281/zenodo.14969590