KEBERKESANAN KAEDAH STESEN PERMAINAN DALAM MENGUASAI KONSEP ASAS ALGEBRA

Authors

  • Naiimah Sulong Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14993227

Keywords:

Algebra kaedah permainan Matematik Tambahan Sekolah Menengah

Abstract

Matematik Tambahan merupakan salah satu daripada subjek elektif yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Tinjauan secara pemerhatian  murid di kelas 4 Al Khalili yang mengambil Matematik Tambahan tidak menguasai konsep asas algebra seperti pengembangan dan pemfaktoran algebra, keliru dengan nilai positif dan negatif dan tiada keyakinan diri. Kaedah pengajaran secara konvensional juga mungkin menjadi penyebab utama kurangnya minat pelajar untuk menguasai algebra. Perkara ini menjadi salah satu punca menyebabkan pelajar kurang berminat dengan pembelajaran Matematik Tambahan terutamanya melibatkan algebra. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan kaedah stesen permainan dalam menguasai konsep asas algebra. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen praujian dan pascaujian melibatkan 10 orang pelajar tingkatan empat. Mereka dipilih secara persampelan bertujuan dan kesemua mereka mempunyai masalah yang sama iaitu lemah dalam asas algebra. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah Stesen Permainan dapat memberikan impak yang positif dalam membantu mengurangkan kesilapan pelajar meningkatkan minat dan keyakinan murid seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran mereka. Implikasi kajian ini ialah perubahan amalan pengajaran secara tradisional kepada pengajaran berpusatkan pelajar serta selari dengan pengajaran abad ke-21. Kajian lanjutan boleh dibuat menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid lain pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Naiimah Sulong

    Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1), Putrajaya

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

KEBERKESANAN KAEDAH STESEN PERMAINAN DALAM MENGUASAI KONSEP ASAS ALGEBRA. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 46-49. https://doi.org/10.5281/zenodo.14993227