MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID BAGI PERANTI-PERANTI ELEKTRONIK MENGGUNAKAN EAR 15 MOBILE APPLICATION
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14993263Keywords:
EAR 15 Mobile Application Augmented Reality Peranti Elektronik Permainan Dam Ujian DiagnostikAbstract
EAR 15 Mobile Application yang dihasilkan adalah berdasarkan inspirasi permainan dam menggunakan teknologi Augmented Reality bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Dua. Rasional inovasi ini dicipta adalah untuk membantu murid mengingat peranti-peranti elektronik di dalam kelas selain dapat menguji daya fikir dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, inovasi ini juga dijalankan bagi menarik minat murid terhadap sub topik bertajuk Peranti Elektronik seterusnya memberi pengetahuan tentang sub topik yang diajar. Isu pada kajian ialah murid menghadapi masalah mengingat peranti-peranti elektronik dan tidak berminat pada tajuk ini. Oleh itu, Ujian Diagnostik 1 telah dilaksanakan sebelum penggunaan EAR 15 dan membuat Ujian Diagnostik 2 selepas penggunaan EAR 15 ke atas 10 orang murid kelas 2 Tun Fatimah. Selepas melakukan kedua-dua ujian diagnostik tersebut, didapati murid dapat mengingat peranti-peranti elektronik dan mampu meningkatkan Tahap Penguasaan Pentaksiran dalam bilik darjah (PBD) dari TP3 ke TP6 dengan menggunakan EAR 15 Mobile Application.



