I-KLASH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN UJIAN LISAN AL-SYARIAH KBD SPM DALAM KALANGAN MURID SMA KHAIRIAH
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14993306Keywords:
I-KLASH al-Syariah KBD ujian lisan SPMAbstract
Subjek al-Syariah merupakan subjek wajib dipelajari oleh semua murid yang memilih Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai kurikulum pilihan. Aspek pengajian subjek al-Syariah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meliputi dua bahagian utama, bertulis dan lisan. Tinjauan awal menunjukkan murid dilihat kurang berkeyakinan dan mengalami kesukaran untuk menjawab soalan ujian lisan dengan baik apabila disoal oleh guru. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurangnya motivasi serta keyakinan dalam diri murid selain daripada penggunaan kaedah pembelajaran yang kurang berkesan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan ujian lisan al-Syariah dengan menggunakan kit pembelajaran I-KLASH yang dijalankan selama lapan minggu. Seramai 15 orang murid tingkatan 5 Nusaibah dari Sekolah Menengah Agama Khairiah telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian tindakan ini telah menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif serta kuantitatif iaitu secara pemerhatian dan ujian. Instrumen ujian keberkesanan telah digunakan bagi menilai peningkatan penguasaan kemahiran menjawab soalan ujian lisan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan I-KLASH telah menunjukkan peningkatan penguasaan serta mampu meningkatkan motivasi murid dalam menjawab soalan ujian lisan al-Syariah. Selain itu, kajian tindakan yang dijalankan turut dapat membantu pengkaji dalam memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya



