MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI FASA BULAN OLEH MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN ‘MOONPHASE ZOOM IN’

Authors

  • Zainudin Zainal Abidin Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14993347

Keywords:

keliru fasa bulan imaginasi konsep virtual reality

Abstract

Fasa bulan adalah topik yang mengelirukan dimana murid dikehendaki mengenalpasti jika fasa bulan yang akan terbentuk dalam tarikh tertentu mengikut Takwim Qamari. Permasalahan timbul apabila murid sukar membayangkan keadaan penglihatan mereka dari Bumi untuk memandang Bulan yang memantulkan cahaya untuk membentuk fasa bulan tersebut. Turut menambah kekeliruan kerana murid tidak dapat meletakkan diri mereka dalam situasi tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti fasa bulan oleh murid tahun 5 menggunakan inovasi Moon Phase Zoom In. Model bulan beserta tarikh yang boleh dipusingkan untuk melihat fasa dengan lebih mudah. Ia dilengkapi dengan penggunaan QR untuk menonton fasa bulan melalui Virtual Reality (VR). Maklumat diambil menggunakan 3 kaedah iaitu praujian dan pascaujian, temu bual serta rakaman video. Keputusan diperolehi menunjukkan peningkatan yang positif terhadap kefahaman murid.. Keadaan ini memberikan pemahaman konsep kepada murid tanpa perlu penerangan panjang lebar. Ia juga membantu murid membentuk imaginasi yang betul dalam konsep fasa bulan ini. Di samping itu, pembelajaran lebih menarik serta dapat mengubah persepsi murid yang sebelum ini menganggap tajuk fasa bulan adalah mengelirukan kepada suatu yang menarik, mudah dan menyeronokkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Zainudin Zainal Abidin

    Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1, Johor

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI FASA BULAN OLEH MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN ‘MOONPHASE ZOOM IN’. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 63-66. https://doi.org/10.5281/zenodo.14993347