1 JAM KUASAI TEKNIK 2B (BACA BUNYI) DIDIK HIBUR SUKU KATA KVKK ‘ng’ BAGI MURID PEMULIHAN KHAS

Authors

  • Norhayati Abdul Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14993393

Keywords:

murid Pemulihan Khas 1 jam Teknik 2B (baca bunyi) suku kata KVKK (ng)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah murid Pemulihan Khas dalam kemahiran suku kata KVKK ‘ng’ merangkumi kemahiran 16 hingga 28 Program Pemulihan Khas. Kajian ini juga bagi meningkatkan penguasaan membaca dan menulis (2M) di kalangan murid pemulihan khas kerana kemahiran membaca dan menulis ini sangat penting bagi menilai keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Pendekatan Teknik 2B (Baca Bunyi) didik hibur telah diperkenalkan oleh pengkaji bagi murid Kelas Pemulihan Khas di SK Sri Gedong, Sungai Petani Kedah yang tidak menguasai kemahiran suku kata KVKK ‘ng’. Teknik yang sesuai menjadi pengukur kepada pengkaji bagaimanakah intervensi ini merangsang dan meningkatkan tahap penguasaan 2M di kalangan murid pemulihan. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 39 orang murid Kelas Pemulihan Khas yang mempunyai masalah keliru bunyi suku kata awalan ‘ng’ dan tidak dapat menulis suku kata tersebut dengan betul. Keupayaan dan kekeliruan bunyi awalan dan perbezaan bunyi setiap suku kata KV menyukarkan murid membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK ‘ng’ dengan sebutan yang betul. Pengkaji juga telah menjadikan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai panduan untuk melihat rekabentuk sepenuhnya bagaimanakah kaedah ini diaplikasikan dalam pengajaran dan penilaian. Kaedah kualitatif digunakan dimana Instrumen Diagnostik Membaca, Instrumen IPP2M, semakan kerja murid, pemerhatian, teknik sebutan dan masa diambil kira dalam kajian. Hasil dapatan kajian dapat dilihat sepenuhnya melalui data tahap penguasaan murid IPP2M dan keupayaan murid membunyikan suku kata ‘ng’ dan membaca semua perkataan ‘ng’ dengan betul. Oleh yang demikian, Teknik 2B ini sangat membantu murid pemulihan khas terutamanya dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan ‘ng’ dalam masa yang singkat.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Norhayati Abdul

     

    Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

1 JAM KUASAI TEKNIK 2B (BACA BUNYI) DIDIK HIBUR SUKU KATA KVKK ‘ng’ BAGI MURID PEMULIHAN KHAS. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 67-75. https://doi.org/10.5281/zenodo.14993393