PENGGUNAAN APLIKASI ‘CeKAP BM’ BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN KATA ADJEKTIF PANCAINDERA DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14997195Keywords:
CeKAP BM kata adjektif pancaindera teknologi maklumat komunikasi kuizAbstract
Kajian ini bertujuan untuk membantu enam orang murid tahun tiga mengenal konsep-konsep dan menyatakan contoh-contoh kata adjektif pancaindera dengan menggunakan aplikasi CeKAP BM. Aplikasi Celik Kata Adjektif Pancaindera Bahasa Melayu (CeKAP BM) ini merupakan aplikasi android berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang merupakan salah satu elemen dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kajian menggunakan aplikasi CeKAP BM ini melalui tiga bahagian utama iaitu nota, latihan dan permainan bahasa iaitu kuiz yang digunakan bagi membantu murid memahami kata adjektif pancaindera yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu tahun tiga. Kajian ini hanya mengambil masa sebulan untuk dilaksanakan. Peserta kajian mampu mengenal konsep kata adjektif pancaindera dan memberikan contoh dengan tepat dan betul setelah menggunakan aplikasi ini. Dapatan kajian yang dianalisis kemudian disemak dengan menggunakan triangulasi kaedah. Para peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam aspek pemahaman dan penguasaan terhadap kata adjektif pancaindera. Setiap peserta kajian mempunyai peningkatan yang sangat ketara iaitu sebanyak 42% (seorang), 58% (seorang), 67% (dua orang), 75% (seorang) dan 92% (seorang). Pengkaplikasian tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk mengenal konsep-konsep dan menyatakan contoh-contoh kata adjektif pancaindera.



