MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID PRASEKOLAH MELALUI AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH ‘MY GARDEN’

Authors

  • Shella Devi Govindarajan Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997228

Keywords:

kehadiran murid Pendidikan Pengurusan Sisa Pepejal dan 3R murid prasekolah My Garden

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran murid prasekolah ke sekolah melalui aktiviti luar bilik darjah My Garden. Responden kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid prasekolah yang terdiri daripada 12 orang murid perempuan dan 13 orang murid lelaki. Objektif utama kajian adalah untuk meningkatkan jumlah kehadiran murid prasekolah ke sekolah melalui aktiviti luar bilik darjah My Garden. Objektif kajian kedua adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada murid-murid prasekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti My Garden.Kajian ini menggunakan model Kurt Lewin (1946). Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan jumlah kehadiran murid prasekolah ke sekolah yang signifikan dengan menjalankan aktiviti My Garden. Aktiviti My Garden dibuktikan dapat menarik minat murid prasekolah untuk hadir ke sekolah tanpa gagal iaitu apabila murid-murid ini diberi tanggungjawab menanam pokok dan menjaga pokok tersebut setiap hari di sekolah. Kesimpulannya, aktiviti luar bilik darjah melalui Pendidikan Pengurusan Sisa Pepejal dan 3R Prasekolah dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dengan ini, pengkaji menyedari bahawa aktiviti luar darjah My Garden dapat meningkatkan kehadiran murid prasekolah ke sekolah. Oleh yang demikian, cadangan kajian seterusnya melibatkan murid-murid prasekolah ialah mengadakan aktiviti-aktiviti lebih menarik agar murid-murid dapat menambah pengetahuan dan memberi tanggungjawab kepada murid-murid bagi mewujudkan tahap keyakinan diri kepada murid prasekolah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Shella Devi Govindarajan

     

    Sekolah Kebangsaan Silibin, Perak

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID PRASEKOLAH MELALUI AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH ‘MY GARDEN’. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 89-92. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997228