KEBERKESANAN ‘KIT SIM-sa’ DALAM PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Bavani Raveedran Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997240

Keywords:

simpulan bahasa teknik permainan Kit Sim-sa

Abstract

Inovasi Kit Sim-sa merupakan suatu kaedah bermain sambil belajar dan strategi pembelajaran yang mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan dan melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran simpulan bahasa di bilik darjah. Pendapat ini disokong oleh Azah dan Jumaeyah (2018), yang menyatakan bahawa minat murid terhadap simpulan bahasa ini akan dapat ditingkatkan jika pembelajaran ini berdasarkan teknik permainan. Oleh hal yang demikian, kaedah pengajaran berbentuk permainan seiring dengan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di dalam bilik darjah untuk menghilangkan perasaan bosan murid serta menarik perhatian murid dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu.  Inovasi Kit Sim-sa (Simpulan Bahasa) yang mengandungi Patung Simsa, Buku Cerdik Sim-sa dan Permainan Kad Sim-sa berpandukan Roda Anggota Badan yang dapat meningkatkan penguasaan murid mengenai simpulan bahasa menggunakan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi serta membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap penggunaan simpulan bahasa. Seramai 4 orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 5 Hamka di Sekolah Kebangsaan Brickfields (1) telah dipilih bagi menjayakan kajian inovasi ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan melakukan ujian semasa Praktikum Fasa 2 berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan dalam inovasi Kit Sim-sa bagi menghadapi masalah pembelajaran simpulan bahasa dalam kalangan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa inovasi Kit Sim-sa dapat membantu guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan PAK21.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Bavani Raveedran

    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah, Johor

Published

06.05.2025

How to Cite

KEBERKESANAN ‘KIT SIM-sa’ DALAM PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH . (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 93-98. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997240