MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGITLAK SUHU PLANET BERDASARKAN URUTAN DALAM SISTEM SURIA DAN MERUMUSKAN HUBUNGAN ANTARA KEDUDUKAN PLANET DARI MATAHARI DENGAN MASA PLANET BEREDAR MENGELILINGI MATAHARI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DENGAN ‘PLANET BOX IN MAT

Authors

  • Sree Dewi Subramaniam Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997266

Keywords:

suhu planet kedudukan planet inovasi sains PDPC

Abstract

Murid Tahun 4 SJKT Harvard 1 sukar mengitlak suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria dan sukar merumuskan hubungan antara kedudukan planet dari matahari dengan masa planet beredar mengelilingi matahari. Intervensi dijalankan selama empat minggu dengan tujuan meningkatkan kemahiran mengitlak suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria dan murid boleh merumuskan hubungan antara kedudukan planet dari matahari dengan masa planet beredar mengelilingi matahari dengan ‘Planet Box In Match Box’. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid dari Tahun 4. Model Kajian Tindakan Lewin (1946) digunakan. Dengan Model Lewin, kajian ini mempunyai empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Data kajian ini dikumpulkan melalui refleksi, temu bual dengan murid, dan ujian tinjauan awal dan ujian tinjauan akhir. Hasil dapatan menunjukkan berlakunya peningkatan antara purata markah ujian tinjauan awal dan ujian tinjauan akhir. Terdapat peningkatan daripada 57.14% kepada 100%. Ini juga boleh dijadikan sebagai kaedah mengulangkaji kemahiran berkenaan bagi murid dari tahun 3 hingga tahun 6. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu murid menguasai kemahiran mengitlak suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Sree Dewi Subramaniam

    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Harvard Bhg 1, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGITLAK SUHU PLANET BERDASARKAN URUTAN DALAM SISTEM SURIA DAN MERUMUSKAN HUBUNGAN ANTARA KEDUDUKAN PLANET DARI MATAHARI DENGAN MASA PLANET BEREDAR MENGELILINGI MATAHARI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DENGAN ‘PLANET BOX IN MAT. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 99-103. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997266