AMALAN PENGAJARAN ‘EKSPLORASI KBAT’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14997278Keywords:
Pendekatan Concrete Pictorial Abstract (CPA) osmosis Biologi amalan pengajaran guruAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran guru di dalam kelas dengan mengaplikasikan Pendekatan Concrete Pictorial Abstract (CPA) melalui aktiviti Eksplorasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Eksplorasi KBAT) bagi Topik 3 Biologi Tingkatan 4: Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma. Kajian ini melibatkan seramai 9 orang murid Tingkatan 5 yang mengambil subjek Biologi di sebuah sekolah menengah di daerah Selangau, Sarawak. Pelaksanaan kajian ini dijalankan secara dua kitaran dengan mengaplikasikan model O’Leary (2004). Kaedah pemerhatian dijalankan melalui tiga instrumen iaitu markah pencapaian murid, analisis dokumen dan maklum balas daripada murid. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan CPA boleh menambah baik amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah dan secara langsung meningkatkan tahap penguasaan murid untuk topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma. Tuntasnya, kajian ini mampu menambah baik amalan pengajaran guru terhadap terminologi pengajaran biologi bagi Topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma. Dalam pada itu, penggunaan pendekatan CPA didapati mampu meningkatkan penglibatan aktif murid di dalam kelas dan secara tidak langsung mengukuhkan minat murid terhadap subjek Biologi.



