MENINGKATKAN MINAT MURID TINGKATAN 5 DALAM PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN POKET PARI: KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH

Authors

  • Rozita Abdul Razak Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997290

Keywords:

nota poket Poket PaRi minat murid kemahiran mengingat Pendidikan Islam

Abstract

Ramai murid kurang meminati Pendidikan Islam kerana bagi mereka ia adalah subjek kurang mencabar. Sikap kurang minat ini menyebabkan mereka gagal dalam peperiksaan. Objektif kajian adalah menilai keberkesanan Poket PaRi dalam meningkatkan minat murid dalam Pendidikan Islam. Seramai 19 orang murid tingkatan 5 dari sebuah sekolah menengah di Kedah dipilih sebagai peserta. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian langsung dan temu bual. Kajian ini dilaksanakan dengan mengambil data Peperiksaan Pertengahan Tahun sebagai praujian bagi mengenal pasti masalah. Hanya 2 orang murid lulus dengan markah 43 peratus sedangkan kelas ini adalah kelas harapan lulus semua mata pelajaran. Analisis item menunjukkan mereka lemah dalam bidang akidah, sirah dan tamadun serta adab yang merupakan bidang paling kurang diminati. Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Inisiatif yang dijalankan adalah memperkenalkan Poket PaRi iaitu nota poket yang padat dan ringkas. Murid dibimbing dengan kaedah ini secara intensif selama sebulan. Selepas itu, mereka membuat sendiri Poket PaRi bagi tajuk penting yang lain. Peperiksaan Percubaan SPM menunjukkan peningkatan dalam peratus markah dan bilangan lulus. Implikasi kajian menunjukkan murid semakin meminati Pendidikan Islam melalui Poket PaRi yang berwarna warni, padat dan ringkas. Buktinya, keputusan SPM sebenar menunjukkan semua murid lulus 100 peratus. Ini membuktikan penggunaan Poket PaRi berjaya meningkatkan minat murid, seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan. Kaedah ini boleh ditambah baik dengan penggunaan kertas pelbagai bentuk dengan teknik mnemonik agar minat murid dalam Pendidikan Islam dapat ditingkatkan selari dengan SKPM Standard 4 iaitu guru sebagai pembimbing dan pendorong serta murid sebagai pembelajar aktif. 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Rozita Abdul Razak

     

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong Jeniang, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN MINAT MURID TINGKATAN 5 DALAM PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN POKET PARI: KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 110-113. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997290