‘JAWIGO BLOCK’ MEMBANTU MURID MENYAMBUNG HURUF JAWI

Authors

  • Nuraini Hussin Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997441

Keywords:

JAWIGO BLOCK menyambung huruf tulisan jawi bentuk huruf warna

Abstract

Kajian ini dijalankan kepada 38 orang murid 4 Lily, SK Bukit Kuang. Pemerhatian di dalam kelas mendapati murid kurang mahir menulis Jawi. Setelah ujian diagnostik dilaksanakan, didapati murid-murid keliru antara huruf yang boleh bersambung atau tidak selepasnya dan sukar mengenali bentuk huruf yang berubah-ubah apabila berada di kedudukan berbeza. Penyambungan huruf sememangnya menjadi salah satu masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu produk inovasi daripada blok seperti Lego yang diberi nama JAWIGO BLOCK. Satu set JAWIGO BLOCK ini mengandungi 37 blok huruf. JAWIGO BLOCK ini ringan dan bersaiz kecil, maka ia memudahkan guru untuk membawanya dari kelas ke kelas dan memudahkan murid untuk menggunakannya semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan. Setiap permukaan JAWIGO BLOCK ini mengandungi bentuk huruf tunggal, huruf di depan, huruf di tengah dan huruf di belakang yang dibezakan warna pada hurufnya. Setiap JAWIGO BLOCK juga turut dibezakan warnanya bagi huruf yang boleh bersambung sebelum dan selepas (hijau), serta huruf yang boleh bersambung sebelumnya sahaja (oren). Murid dilihat bersemangat sepanjang proses PdP berlangsung dengan berbantukan JAWIGO BLOCK ini. Ujian pos yang dilaksanakan selepas empat minggu menunjukkan murid dapat mengenal huruf yang boleh disambung atau tidak selepasnya, dapat mengenal bentuk huruf dan dapat menyambung huruf dengan lebih baik. 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Nuraini Hussin

    Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang, Terengganu

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

‘JAWIGO BLOCK’ MEMBANTU MURID MENYAMBUNG HURUF JAWI. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 114-118. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997441