MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN ‘MEF CHART’

Authors

  • Puvanesvary Ramalingam Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997507

Keywords:

penukaran unit unit panjang MEF Chart ukuran

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun 5 menggunakan MEF Chart (Metrics Explorer Foldable Chart). Kemahiran penukaran unit ukuran Panjang adalah kemahiran yang harus dan penting dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Namun begitu, murid-murid masih menghadapi masalah dan kesukaran dalam menguasai kemahiran penukaran unit ukuran panjang kerana mereka tidak faham konsep penukaran unit ukuran panjang dan juga sering melupakan formula penukaran unit ukuran panjang yang betul. Murid juga menghadapi masalah untuk membuat penukaran unit ukuran panjang yang melibatkan unit gabungan. Unit ukuran panjang yang terlibat ialah millimeter, sentimeter, meter dan kilometer. Teknik MEF Chart diperkenalkan kepada murid-murid untuk memahami konsep penukaran unit ukuran panjang dan memudahkan kerja atau proses penukaran unit ukuran panjang. Seramai 17 orang murid dari tahun 5 dipilih sebagai responden kajian sepanjang kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan selama 4 minggu berpandukan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Berdasarkan analisis dapatan kajian, terdapat peningkatan yang sangat ketara iaitu 81% antara purata markah praujian dan pascaujian daripada 19 % kepada 100 %. Semua responden kajian menyatakan bahawa penggunaan MEF Chart sangat menarik dan memudahkan kerja penukaran unit ukuran panjang tanpa melibatkan darab atau bahagi. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa MEF Chart berjaya membantu responden kajian menguasai kemahiran penukaran unit ukuran panjang. 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Puvanesvary Ramalingam

    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Harvard Bahagian 1, Kedah

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN ‘MEF CHART’. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 119-124. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997507