HOORAY READING PEMANGKIN PENGLIBATAN AKTIF DAN SOKONGAN KEPADA PEMBACAAN PEMAHAMAN SUBJEK BAHASA INGGERIS MURID TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 2, RAWANG SELANGOR

Authors

  • Norhafizah Ahmad Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.14997541

Keywords:

Hooray Reading pemangkin penglibatan aktif pembelajaran interaktif motivasi Bahasa Inggeris

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat bagaimana alat Hooray Reading digunakan sebagai alat intervensi dan sokongan dalam meningkatkan kefahaman membaca dalam kalangan murid tingkatan tiga bagi subjek Bahasa Inggeris. Kajian melibatkan dua buah kelas Tingkatan 3 di sebuah sekolah dalam daerah Hulu Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan melalui pemerhatian dan menganalisis data-data kuantitatif dan kualitatif melalui pelbagai kaedah dan sumber. Data-data tersebut merangkumi pemerhatian dalam kelas, soalan berstruktur ringkas, borang soal selidik, kaedah pembelajaran interaktif melalui penggunaan alat Hooray Reading, Analisis Headcount Murid 2024 kelas-kelas responden, Rekod Perkembangan Murid (RPM) bersama-sama Pentaksiran Bilik darjah (PBD). Kaedah pemerhatian melibatkan hasil kerja murid sebelum dan selepas pelaksanaan Hooray Reading. Pengkaji juga sentiasa menggunakan kaedah Hooray Reading terhadap responden sepanjang PdP yang melibatkan kefahaman membaca di dalam kelas untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Hasil kajian menunjukkan Hooray Reading berkesan dalam meningkatkan penglibatan murid secara aktif dan memberi kesan positif terhadap PdP Bahasa Inggeris. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan Hooray Reading terbukti meningkatkan tahap penglibatan dan menyokong aktiviti pembacaan pemahaman dengan memperoleh min 3.91 (SP = 0.82), dengan ganjaran memperoleh min 3.95 (SP = 0.937). 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Norhafizah Ahmad

    Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2, Selangor

Downloads

Published

06.05.2025

How to Cite

HOORAY READING PEMANGKIN PENGLIBATAN AKTIF DAN SOKONGAN KEPADA PEMBACAAN PEMAHAMAN SUBJEK BAHASA INGGERIS MURID TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 2, RAWANG SELANGOR. (2025). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 3(2), 125-131. https://doi.org/10.5281/zenodo.14997541