MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGHAFAL AYAT AL-QURAN MENGGUNAKAN HALAQAH I-VAK
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.14997588Keywords:
Halaqah I-VAK visual auditori kinestetikAbstract
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan salah satu kurikulum yang telah diperkenalkan di beberapa buah sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus kajian ini adalah untuk mewujudkan kelas hafazan yang mempunyai pelbagai alatan serta kaedah yang sesuai bagi membimbing murid yang mempunyai kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Bagi memenuhi keperluan itu, Halaqah I-VAK yang menggunakan konsep V (Visual), A (Auditori), dan K (Kinestetik) diwujudkan bagi membantu murid menghafal ayat Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat dalam tempoh satu hari. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Tinjauan ini mendapati tujuh orang daripada murid tingkatan 3 tidak dapat mencapai hafazan satu muka satu hari secara konsisten. Aktiviti yang dijalankan adalah dengan menggunakan alat yang sesuai mengikut kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza ketika menghafal al-Quran. Setelah menggunakan kaedah hafazan Halaqah I-VAK, tujuh orang murid tersebut telah berjaya menghafal satu muka satu hari bersamaan 20 muka surat dalam tempoh sebulan bahkan lebih daripada itu. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran manghafal murid berjaya ditingkatkan setelah menggunakan kaedah hafazan yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Kesimpulannya, Halaqah I-VAK bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid dalam hafazan al-Quran malah dapat menggilap kreativiti guru.



