TEMPLAT PEMBINAAN MODEL HAJI MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID MEMBEZAKAN RUKUN DAN PERKARA WAJIB HAJI
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.15004022Keywords:
Model Haji Rukun Haji Perkara Wajib Haji Haji UmrahAbstract
Topik Haji dan Umrah merupakan subtopik bidang Fiqh bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Topik ini merupakan topik yang penting dalam kehidupan seorang pelajar muslim kerana ianya merupakan salah satu Rukun Islam dan juga turut terkandung dalam silibus Pendidikan Islam KSSM yang turut disoal dalam peperiksaan SPM. Berdasarkan dapatan awal keputusan Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 yang dijalankan oleh murid, kajian mendapati beberapa orang murid masih belum dapat membezakan di antara Rukun dan Perkara Wajib Haji. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menambahbaik amalan pengajaran pengkaji dalam membantu murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji sekaligus meningkatkan kefahaman murid tentang perkara tersebut. Dalam kajian ini, murid membina Model Haji menggunakan templat yang disediakan oleh pengkaji untuk membantu mereka membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji. Data dikumpulkan melalui Pentaksiran Akhir Tahun dan analisis dokumen soalan Ujian Topikal 1 sebelum kajian dijalankan. Seramai 2 orang murid lelaki Tingkatan 4 Epsilon terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pembinaan Model Haji membantu meningkatkan kefahaman murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji berdasarkan peningkatan markah iaitu Murid 1 berjaya memperoleh sebanyak 72% markah manakala Murid 2 berjaya memperoleh markah sebanyak 92%. Pengkaji mengharapkan agar inovasi templat pembinaan model haji ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam menyampaikan pengajaran Topik Haji dan Umrah dengan lebih berkesan khususnya dalam membezakan Rukun Haji dan Perkara Wajib Haji.



