PEMIKIRAN TASAWUF BADIUZZAMAN SAID NURSI: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Mohd Nasir Ayub Author
  • Surita Hartini Mat Hassan Author
  • Ramlan Mustapha Author

DOI:

https://doi.org/10.5281/zenodo.10660425

Keywords:

Pemikiran Tasawuf Said Nursi Risalah Nur

Abstract

Hakikat kejadian manusia untuk beribadat kepada Allah SWT. Manakala Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia. Sifat-sifat tasawuf adalah manifestasi akhlak yang diamalkan oleh Nabi SAW, para Sahabat r.a. dan Salafussoleh terdahulu. Dengan tasawuf, umat Islam berjaya membina generasi cemerlang dunia dan juga akhirat. Setelah daulah Uthmaniyah mengalami zaman kejatuhannya, fahaman Materialisme dan Sekularisme Barat meresap masuk ke dalam pemikiran umat Islam. Hasilnya, umat Islam semakin hanyut dengan arus modenisasi Barat dan tidak lagi mengutamakan nilai kerohanian. Justeru, gerakan Said Nursi berusaha mengembalikan kerohanian umat Islam serta membina kembali sahsiah dan jati diri umat Islam itu sendiri. Kajian ini cuba memberikan gambaran awal fahaman tasawuf menurut pemikiran Said Nursi dalam kitab utama beliau iaitu Risalah al-Nur. Kajian ini berbentuk kepustakaan dan akan dianalisis menggunakan kerangka analisis konseptual. Hasil kajian mendapati, konsep tasawuf yang dibawa oleh Said Nursi berbentuk tasawuf yang memenuhi keperluan zaman. Keperluan zaman pada masa itu ialah menjaga iman umat Islam agar iman yang kukuh yang akan menempis serangan pemikiran Barat yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu, Said Nursi kekal dengan mengamalkan disiplin tasawuf sama ada latihan rohani dan jasmaninya, namun aspek keimanan mesti diutamakan.  

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Nasir Ayub

    Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Kampus Raub, Malay

  • Surita Hartini Mat Hassan

    Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Kampus Raub, Malaysia

  • Ramlan Mustapha

    Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Kampus Raub, Malaysia

Downloads

Published

01.02.2024

How to Cite

PEMIKIRAN TASAWUF BADIUZZAMAN SAID NURSI: SATU TINJAUAN AWAL. (2024). International Journal of Islamic Theology & Civilization (E-ISSN-3009-1551), 2(1), 64-75. https://doi.org/10.5281/zenodo.10660425