PENGHAYATAN ELEMEN SUMPAH RABBANI SEBAGAI TERAS PEMBENTUKAN TAPAK INTEGRASI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.5281/zenodo.11513672Keywords:
Perlembagaan Malaysia, Sumpah Rabbani, tapak integrasiAbstract
Perkara 37 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan sebelum menjalankan fungsi baginda. Sumpah yang dilafazkan oleh pemimpin dalam perlembagaan Persekutuan dilakukan bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Objektif kajian ini adalah untuk membicarakan elemen sumpah sebagai teras pembentukan tapak integrasi dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Metodologi kajian adalah menggunakan rekabentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan analisis kandungan kualitatif melalui kaedah menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan seperti jurnal, buku-buku dan sebagainya. Dapatan kajian menunjukkan sumpah Rabbani Yang di-Pertuan Agong sangat berkait rapat dengan beberapa elemen tradisi yang menjadi teras pembentukan tapak integrasi dalam masyarakat Malaysia iaitu Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3), Institusi diRaja sebagai ketua bagi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan Banga Melayu dan bumiputra. Justeru sumpah yang dilafazkan sangat penting untuk dihayati sebagai teras perpaduan masyarakat di Malaysia.
Article 37 of the Perlembagaan Malaysia states that the Yang di-Pertuan Agong must take and sign the oath of office before performing his functions. The oath taken by the leader as stipulated in the Federal Constitution is made to ensure the effective implementation of unity within society. This study aims to discuss the elements of the oath as the foundation for the establishment of integration within Malaysian society, which comprises various ethnic groups. The study's methodology uses a descriptive design and adopts a qualitative content analysis approach by examining relevant documents such as journals, books, and so on. The study's findings indicate that the sacred oath of the Yang di-Pertuan Agong is closely related to several traditional elements that form the foundation of integration within Malaysian society, namely Islam as the religion of the Federation (Article 3), the Royal Institution as the head of the Islamic faith, Malay as the national language, and the special rights of the Malays and Bumiputera. Therefore, the oath taken must be understood as a foundation for societal unity in Malaysia.



